Search

Telco-media Malaysia lancar platform gaya hidup digital








KUALA LUMPUR, 5 Sept. - Produk pelan data terbaharu dalam industri telekomunikasi dikenali sebagai "LIFE", telah dilancarkan semalam yang akan menyediakan platform digital nilai untuk wang (value-for-money) serta menawarkan pengalaman hiburan tanpa henti. 

Dibangunkan oleh MBits Digital Sdn. Bhd. (MBits), platform digital dalam lingkungan LIFE menyediakan perkhidmatan daripada penstriman, permainan dan makanan sehinggalah kepada membeli-belah.

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif MBits Saraleana Nattaya Azmi berkata LIFE ialah platform gaya hidup digital pertama dalam industri telekomunikasi Malaysia yang menawarkan pendaftaran digital kepada pengguna dan membolehkan mereka memilih nombor mudah alih sendiri, pelan data pilihan, penghantaran kad SIM, malah transaksi pembayaran.

"Berikutan pandemik COVID-19, Malaysia telah mempercepatkan pembangunan industri digital, menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi gaya hidup yang lebih digital. LIFE memberi pengguna pengalaman dan kemudahan tanpa perlu meninggalkan rumah sendiri.

"LIFE juga merupakan perkhidmatan lebih nilai untuk wang kerana ia menyediakan pengguna dengan kos pakej untuk akses ke perkhidmatan hiburan tanpa henti yang ditawarkan oleh platform digital bersama dalam platform LIFE itu sendiri tanpa sebarang caj tersembunyi atau tambahan.

"LIFE membolehkan akses ke pelbagai platform digital yang mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran yang diadakan di sini, semalam. Saraleana Nattaya berkata sebagai peserta termuda dalam industri, MBits lebih suka dikenali sebagai Telco-Media.

Beliau turut menambah LIFE mewakili penawaran berbilang budaya, pelbagai bahasa dan platform bagi menggalakkan pendigitalan Malaysia yang lebih "glocal" dengan mewujudkan platform untuk rakyat Malaysia mengenali lebih banyak platform gaya hidup digital yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Pengguna LIFE diberikan akses percuma ke setiap platform seperti kandungan penstriman, permainan serta baucar untuk makanan dan membeli-belah seluruh negara. Maklumat lanjut boleh didapati di 'www.mbitsdigital.com'. - ©BERNAMA


Pelita Brunei




© 2020 by MBits Digital Sdn Bhd

Subscribe for MBits Digital Updates!