Search

PLAY, Penyiaran Digital Tele-Virtual Dalam Satu Platform



SYARIKAT penyiaran digital, MBits Digital Sdn Bdn melancarkan platform PLAY yang menggabungkan Video On Demand (VOD), Over The Top (OTT) dan televisyen teresterial dalam satu platform.


Bukan itu sahaja, PLAY turut menerbitkan rangkaian drama dan filem sendiri serta menyediakan platform muzik yang fokus dengan selera tempatan.


Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MBits Digital Sdn Bhd, Saraleana Nattaya Azmi, PLAY adalah platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia yang telah dibina oleh pihaknya.


“PLAY menggunakan aplikasi digital yang boleh dimuat turun melalui Apple, Huawei, Google Store dan juga di laman web PLAY.


“PLAY mempunyai kemudahan akses kepada kandungan-kandungan digital dan filem serta pilihan perbelanjaan bagi setiap kandungan.


“PLAY memberi faedah kepada penggunanya untuk menonton pelbagai kandungan pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui penggunaan pelbagai jenis peranti.


“Ia juga memberi faedah kepada pengeluar kandungan menjana pendapatan daripada kandungan individu mereka termasuk melalui siaran langsung di seluruh platform dengan menawarkan kandungan Free-To-View, Pay-Per-View dan Pay-Per-Collection,” katanya.


Sebagai percubaan kepada rakyat Malaysia, PLAY akan memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan untuk mengeksplorasi kandungan dan pengalaman platform PLAY.

Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih.


Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.

© 2020 by MBits Digital Sdn Bhd

Subscribe for MBits Digital Updates!