Search

Bosan Terperap Di Rumah? Lihat Bagaimana Aplikasi ‘PLAY’ Boleh Membantu

Bosan terperap duduk di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Apa kata anda memuat turun aplikasi digital, PLAY menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei ataupun Google Store. Apa yang menarik ya?


Pelbagai Kandungan

Mahukan hiburan yang pelbagai? Aplikasi ini umpana seperti gabungan stesen TV, Netflix dan Spotify. Semuanya ada dalam satu aplikasi, mudah kan?


PLAY memberi faedah kepada penggunanya untuk menonton pelbagai kandungan seperti Video on Demand, Musik, Konsert Secara Langsung, Saluran pengeluar kandungan Tempatan & Antarabangsa pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui penggunaan pelbagai jenis peranti.


Boleh Jana Pendapatan

Sambil berhibur boleh jana pendapatan? Ya! PLAY memberi peluang kepada kepada pengeluar kandungan untuk menjana pendapatan daripada kandungan individu mereka termasuk melalui siaran langsung di seluruh platform dengan menawarkan kandungan Free-To-View (percuma untuk ditonton) Pay-Per-View (bayar setiap kali menonton) dan Pay-Per-Collection (bayar untuk koleksi yang ditonton).


Tunjukkan Bakat Terpendam Anda

Mahu tunjuk bakat terpendam anda? PLAY memberi platformbagi para pengguna untuk dipamerkan sebagai bakat tempatan dan terus berusaha untuk menjadi PLAY STAR pada masa depan.


Percuma

Perlu bayar ke? PLAY akan memberi pengguna akses percuma selama 3 bulan untuk mengeksplorasi kandungan dan mengalami platform ini. Selepas 3 bulan, pengguna perlu melanggandengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.


PLAY adalah platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama di dalam industri

penyiaran di Malaysia yang telah dibina oleh MBits Digital Sdn Bhd.


PLAY adalah platform untuk mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. PLAY disesuaikan dengan keperluan platform digital yang semakin meningkat bagi pengguna dan pengeluar kandungan untuk mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan juga menjana pendapatan pada peringkat global.


Saraleana Nattaya Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, ketika ditemui ketika pelancaran secara alam maya berkata;


“PLAY adalah platform Glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke

seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan kita lebih baik diceritakan oleh kita sendiri.”


Mensasarkan 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan, Saraleana berharap, PLAY dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.



By Phic Aman


© 2020 by MBits Digital Sdn Bhd

Subscribe for MBits Digital Updates!